Audit Dalaman Eksa Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) Bil. 2 /2017 telah dijalankan pada 05 hingga 09 November 2017 baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit JKSTR di atas pengauditan dan teguran-teguran yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada warga Zon Sayyidina Talhah Ubaidillah r.a di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pengauditan.
Gambar kenangan bersama pasukan audit. |
Alhamdulillah, hasil daripada audit tersebut, Zon Sayyidina Talhah bin Ubaidillah r.a telah pun mendapat tempat pertama bagi keseluruhan zon dan mendapat dua anugerah iaitu STOR ALATAN PEJABAT / ALATULIS TERBAIK dan TANDAS TERBAIK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli zon. Diharapkan kecemerlangan ini dapat terus dikekalkan pada masa-masa yang akan datang.
Keputusan Keseluruhan
- Zon Sayyidina Talhah bin Ubaidillah r.a ( Aras 5 ) 89.82%
- Zon Sayyidina Ubaidah Amir Al-Jarrah r.a (MRSD Setiu) 89.72%
- Zon Sayyodina Zubair bin Al-Awwam r.a(MRSD Hulu Terengganu) 89.68%
STOR PERALATAN/ALATULIS TERBAIK |
TANDAS TERBAIK |