Khamis, 1 Februari 2018

AUDIT DALAMAN EKSA JKSTR BIL. 2/ 2017


Audit Dalaman Eksa Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) Bil.  2 /2017 telah  dijalankan pada 05 hingga 09 November 2017 baru-baru ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit JKSTR di atas pengauditan dan teguran-teguran yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada warga Zon Sayyidina Talhah Ubaidillah r.a di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pengauditan.



Gambar kenangan bersama pasukan audit.





Alhamdulillah, hasil daripada audit tersebut, Zon Sayyidina Talhah bin Ubaidillah r.a telah pun mendapat tempat pertama bagi keseluruhan zon dan mendapat dua anugerah iaitu STOR ALATAN PEJABAT / ALATULIS TERBAIK dan TANDAS TERBAIK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli zon. Diharapkan kecemerlangan ini dapat terus dikekalkan pada masa-masa yang akan datang. 





Keputusan Keseluruhan
  1. Zon Sayyidina Talhah bin Ubaidillah r.a ( Aras 5 )          89.82%
  2. Zon Sayyidina Ubaidah Amir Al-Jarrah r.a (MRSD Setiu)       89.72%
  3. Zon Sayyodina Zubair bin Al-Awwam r.a(MRSD Hulu Terengganu) 89.68%


STOR PERALATAN/ALATULIS TERBAIK


TANDAS TERBAIK



Isnin, 22 Mei 2017

POLISI EKSA



AKTIVITI EKSA

Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Di JKSTR oleh pihak MAMPU telah diadakan pada 2 hingga 4 November 2015







MISI & VISI

Misi dan Visi EKSA Jabatan Kehakiman Syariah  Negeri Terengganu







PENGENALAN EKSA









Selamat datang diucapkan,



Terima kasih kerana sudi melayari blog EKSA Zon Sayyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.,

Secara umunya EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi. 

Latar Belakang:

MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan). Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.

Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.


Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan, dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari ‘pakar-pakar’ wakil agensi sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.



Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan, dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institu Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.

Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.



Tujuan Penjenamaan Semula

Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.

Faedah EKSA

Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:

  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;
  • Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
  • Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
  • Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
  • Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.